Thursday, April 8, 2010

NAZIM IS BACK!

Assalamualaikum to all brothers and sisters.. Semoga anda semua sihat sejahtera (macam format karangan sekolah la pulak... ;p ) Anyway, blog ni dah lama sunyi, bukan sebab saya sibuk sangat (saya bukan berlakon sinetron 300 episod ;p) tapi kadang-kadang bila dah penat bekerja, idea, dan penggerak untuk menulis itu x ada.However, from now on, saya tetap akan rajinkan diri, untuk sebahagian mereka yang selalu tanya pasal blog saya yang makin nazak (haha), and of course, untuk diri saya jugak... Blogging is a form of journaling too..

As u might have known, saya masih lagi di Kota Bharu, dalam proses penggambaran drama siri 26-episod untuk RTM2, "Kalau Tidak Kerana Puan".Pejam celik, pejam celik dah berminggu-minggu kami berkampung kat chalet ni, credit to D'coconut Chalet, Pantai Cahaya Bulan..Kelantan.Oh ye, Aida Radzwill, saya sendiri,Syed Ali, Kaza, Sheera Iskandar, Mas Muharni, dan Mubarak Majid merupakan antara pelakon yang terlibat dalam produksi ini...so far so good, alhamdulillah.. takde masalah besar, kecuali pening kepala dan demam yang mungkin disebabkan oleh kejutan cuaca yang amattttttttttttlah panas di kota Bharu ni... but we're fine..weeeeee..~ :)




Sedikit info mengenai "Kalau Tidak Kerana Puan" : Ia mengisahkan tentang Dania (Aida Radzwil) di mana kecantikan paras rupa dan keperibadiannya yang luar biasa memikat bukan sahaja golongan kaum adam, malah makcik2 kampung juga (memikat itu x semestinya dari segi cinta semata-mata)... hehe.. Bersuamikan Majid (Kaza) yang kedekut gila... keluarga ini dilengkapkan dengan dua orang anak mereka iaitu Kamal (Nazim), dan Kalsom (Mas Muharni).Selepas kematian Majid, rupa-rupanya Kamal telah mewarisi sifat kedekut arwah bapanya, dan berkira dalam banyak segi... berbanding Kalsom yang lebih independent.Kisah ini turut mengangkat kisah cinta tak berbalas Umar (Syed Ali), seorang jaguh Muay Thai yang menaruh perasaan cinta dalam diam kepada bondaku.Atas dasar itu dia sanggup bekerja di chalet kami yang akhirnya menjadi sebuah resort yang boleh tahan gah, walaupun bergaji rendah.Ada banyak lagi plot-plot dalam cerita ini yang menarik, jadi kita tunggu je lah hasilnya nanti...










Saya merupakan antara pemegang watak antagonis dalam drama ini...ermmm, bukanlah jahat dari segi peribadinya, cuma sifatnya yang terlalu berkira, kedekut, pentingkan diri sendiri, dan kebencian yang meluap-luap kepada si Umar, membuat keadaan menjadi panassss!!Apa yang panas sangat tu, kenalah tunggu bila cerita ni ditayangkan alright?












Suasana penggambaran di sini sempoi je, kat tepi laut, para pelakon juga tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pihak produksi (chaiyok2!), setakat inilah.... hehe, tapi insyaAllah semuanya ok..amin..~ Btw, Sutradaranya Zul Arshad, adalah seorang yang disenangi kerana peribadinya yang membuat semua orang berasa selesa bekerja.... well, penat tu jangan ceritalah... kerja apa yang x memenatkan, betul x?Pokok pangkalnya, segalanya berjalan dengan lancar kat sini.......yeahhh!!

Bercakap tentang Kota Bharu, fuhhhhhhhhhhh....awal-awal tu terkapai-kapai jugalah nak biasakan diri dengan suasana yang berbeza dengan Kuala Lumpur.Biasalah, bila kita berada kat sesuatu tempat yang baru...apatah lagi kena berkampung 3 bulan kat sini.Kota Bharu bukanlah besar sangat, orang utara cakap..pi mai pi mai tang tu jugakk... :) Tapi, after awhile...it's not so bad, saya sendiri suka sebenarnya suasana yang berbeza, dari semua segi, masyarakat, budaya, loghat, waima makanan sekalipun... :) Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari pantai cahaya bulan, chewahhhhh... semuanya ok saja... (macam lirik lagu pulakk daaa...)

Apa-apa pun, I'm having such a good time here, kat sini x sehiruk-pikuk Kuala Lumpur... :) Until the next post, take care everyone!



"Act happy, feel happy, be happy, without a reason in the world. Then you can love, and do what you will."
- Dan Millman

8 comments:

  1. Boleh tahan juga jalan cerita "kalau tidak kerana Puan".... Mesti seronok ceritanya :).... Kerja tu kerja juga tapi kesihatan kena jaga juga..... NAnti bila dah tak sihat, apa kerja pun susah nak buat :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. welcome to KB n slmt mnikmati keindahan negeri pantai timur..skrg kte tuka tmpt ye bang..abg duk KB 3bln n sy duk KL 3bln..=)

    ReplyDelete
  4. huaaa.... coming back yar...
    suke tgk watak abg kat milik siapa hati ini...
    love it..... tp citer ni abg bwk watak antagonis? ermm interesting..
    cant waitttt... hiksss

    ReplyDelete
  5. salam .. thankz sbb update blog ...

    wah interesting "kalau tidak kerana puan"

    keje2 jugak.. jgn lupe jge kesihatan.. klo x sihat nnt ssh nak update blog o fb and then ssh nak wat keje lain kn .. tol x?? ..huhu so x best la kn ...hihi

    cAyoOk lah abg Nazim !!! do De best ...

    ReplyDelete
  6. salam nazim...

    singgah di sini.. kalau tidak kerana puan macam best je ceritanya! jaga kesihatan ya walaupun bz dengan kerja!

    p/s: apa kata nazim letak shoutmix dekat blog nih! =]

    ReplyDelete
  7. hye nazim

    i saw u at airport kb last nite
    tp tak brani tegur
    but my sister was so excited to see you and keep yelling at me because quickly hop on the car without saying hi to you..
    :?
    anyway. do the best and enjoy staying at kb

    ReplyDelete
  8. Nazim.... i like ur latest cerekarama kat TV3 hari tu.. Takdir Afina;) best.. keep up ur good work.. Nazim Fighting!!!

    ReplyDelete